Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.
![]() |
erlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata
dalam Buku Pengurusan Sekolah SK Perupok Tahun 2014. Buku ini dihasilkan untuk
dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada guru-guru dan staf sokongan
sekolah dalam merangka dan melaksanakan tugas seharian di samping dapat
melicinkan pentadbiran serta meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah.
Saya merakamkan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada
Jawatankuasa Buku Pengurusan SK Perupok 2014 yang telah bertungkus lumus untuk
menyediakan buku ini. Buku ini amat penting dalam merealisasikan hasrat dan
matlamat kita bersama. Selain memaparkan perancangan kerja harian, Buku Pengurusan
ini juga menjadi garis panduan kepada kita semua dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun. Saya juga berharap dengan adanya
buku ini kerja kita lebih berfokus.
Buku ini juga disediakan dengan mengambil kira keperluan Falsafah
Pendidikan Negara, Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Perkara ini adalah
sejajar dengan Visi Sekolah iaitu, “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera” dan Misi Sekolah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Perkongsian
visi dan misi sekolah amat penting kepada warga sekolah, demi memastikan hala
tuju sekolah dapat difahami, dihayati dan dijelmakan sehingga membentuk
kebitaraan dan perwatakan sekolah.
Bagi memenuhi hasrat ini, semua warga
sekolah perlulah mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi, bekerja dengan
semangat kerjasama, semangat sepasukan, tolong-menolong dan hormat-menghormati
mengikut semangat 1Malaysia.
Saya berharap Buku Pengurusan SK
Perupok ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan kakitangan sekolah.
Sama-samalah kita bertekad untuk menjadikan SK Perupok sebagai sekolah yang
cemerlang dan terunggul di daerah Bachok dan juga Kelantan. InsyaAllah
Sekian, Terima kasih & Selamat Bertugas.
No comments:
Post a Comment